Petua-petua berguna untuk masakan Cina

1.sebelum memulakan penyediaan bahan-bahan, baca
   keseluruhan resepi untuk anda faham setiap langkah dan
   semua bahan yang akan digunakan boleh didapati dengan
   mudah.

2.kebanyakan resepi dalam ruangan ini menyediakan untuk
   empat hingga enam orang.sekiranya anda menyediakan untuk
   lebih daripada enam orang, saya menasihatkan anda agar
   menggandakan keseluruhan resepi dan memasak dalam dua
   kumpulan atau buat seperti apa yang orang cina buat -
   tambah hidangan kepada menu anda.  satu peraturan yang baik
   adalah:

           dua hingga empat orang – 2 - 3 hidangan
           enam hingga lapan orang – 3 - 4 hidangan
           lapan hingga sepuluh orang – 5 – 6 hidangan
           bersama pembuka selera, sup dan satu pembasuh mulut.
           sekiranya melebihi sepuluh orang, adalah perlu untuk
           menggandakan resepi.
 

3.potong semua bahan kepada saiz yang serupa seperti yang
   dikehendaki untuk kelihatan lebih teratur dan masak
   seragam.

4.sediakan semua bahan, sos, pes, pemekat, dan sebagainya.
   pastikan semuanya dalam tingan sebelum memulakan proses
   memasak.

5.daging yang separuh beku lebih mudah dipotong.

6.sekiranya anda menghancurkan ulas bawang putih terlebih
   dahulu, kulitnya lebih mudah ditanggalkan.

7.dalam resepi yang menggunakan stok ayam atau daging,  anda
   boleh menggunakan sup (broth) daging dalam tin atau stok
   yang dibuat sendiri.  bekukan stok yang lebih dalam bekas
   kiub ais untuk digunakan kelak.  satu kiub mewakili dua sudu
   makan sup (broth).

8.bancuhkan tepung jagung dengan air sejuk.  ini dapat
   mengelakkan penggumpalan dan sentiasa menggaulkan
   campuran dengan segera sebelum ditambahkan kepada
   masakan.

9.untuk bancuhan sos asas, gunakan dua sudu makan tepung
   jagung dengan dua sudu makan wain atau air. campur dengan
   satu cawan stok ayam atau daging dan dua sudu makan sos
   kicap.

10.Beli akar halia segar; kupas, hiris, letakkan dalam botol
    berisi wain dan simpan dalam peti sejuk untuk digunakan
    kelak.  ia boleh tahan lama untuk jangka masa yang
    panjang.

11.pastikan anda tidak memasak sayur-sayuran terlalu lama.  ia
     harus dipanaskan begitu sahaja tetapi kekal garing dan /
     atau keras.  bila warna sayur-sayuran bertambah gelap,
     terus ke langkah berikut dalam resipi.

12.untuk menggoreng, gunakan minyak sayuran yang boleh
     dipanaskan sehingga satu suhu yang tinggi tanpa berasap.
     minyak kacang, jagung, canola atau kacang soya juga boleh
     digunakan.  sesetengah resepi menggunakan minyak buah
     zaitun, minyak bijan atau mentega yang mempunyai takat
     didih yang lebih rendah untuk menggunakan suhu masakan
     yang rendah berbanding suhu biasa yang Tinggi (sederhana...
     ke sederhana tinggi)

13.halia dan bawang putih garing dengan cepat.  pastikan ia
     tidak hangus.

14.ingat bahawa bahan-bahan yang berkualiti menghasilkan
    hidangan yang berkualiti.

Beberapa contoh hidangan makanan cina:

 
Ayam kukus dengan sos tiram
Ikan Carp kukus
Taufu Bersos
Fungus putih dengan Rock Sugar
Nasi Lapan Harta (Babaofan)
 

Home


Copyright @ Theresa Yip LK
 

    Please e-mail to me: [email protected]